Langgar PKP Sebab Hantar Makanan Pada Awek, Remaja Buat Majistret Ketawa

0
16370

Sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ramai yang masih berdegil dan ingkar arahan oleh kerajaan itu. Adakalanya, alasan yang diberikan oleh mereka yang ingkar ini tidak masuk akal.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Zaki Shah yang bertugas di mahkamah menceritakan kejadian lucu melibatkan seorang remaja bawah umur didakwa kerana melanggar PKP.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu didapati bersalah kerana melanggar PKP dan memberikan alasan keluar untuk menghantar makanan kepada teman wanitanya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh remaja itu membuatkan majistret turut ketawa apabila ditanya sudah berapa lama berpasangan, remaja berkenaan jujur menjawab dengan begitu terperinci.

Perkongsian Zaki itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan jawapan remaja itu. Malah ada yang secara bergurau mengatakan pasti remaja dan kekasihnya itu mula bercinta sejak PT3 lagi.

Tidak kurang juga ada yang mengusik dengan mengatakan semoga percintaan remaja itu akan kekal kerana sanggup berkorban dengan melanggar PKP demi kekasihnya. Difahamkan, remaja berkenaan direman dua hari di dalam lokap di atas keingkarannya itu.

SUMBER GAMBAR: Airtimes