Lebih 100,000 Ingkar Perintah Berkurung Hadiri Pengebumian Imam Terkenal

Susulan peningkatan kes COVID-19, Bangladesh telah mengeluarkan arahan perintah berkurung sejak 26 Mac lalu bagi membendung penularan wabak tersebut bagaimanapun masih ramai yang berdegil.

Terbaru, lebih daripada 100,000 orang mengingkari perintah berkurung pada Sabtu lalu untuk menghadiri satu majlis pengebumian disana.

Difahamkan, orang ramai berpusu-pusu untuk menghadiri upacara pengebumian imam terkenal Jubayer Ahmad Ansari. Pada awalnya, pihak polis telah memberi persetujuan kepada pihak keluarga untuk membenarkan hanya 50 orang menghadiri upacara itu.

Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa apabila begitu ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir mereka.

Pembantu kepada Perdana Menteri, Sheikh Hasina, berkata lebih 100,000 orang hadir pada upacara pengebumian itu.

Bangladesh mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dengan 168 juta penduduk itu pada 26 Mac lalu. Ketika perintah berkurung, kerajaan menetapkan sembahyang berjemaah tidak boleh melebihi lima orang di lebih 300,000 masjid di seluruh Bagladesh.

Setakat ini, Bangladesh mencatatkan jumlah kes sebanyak 2,200 dan 84 kematian. Namun, pihak berkuasa mengakui jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi berikutan kekurangan kit ujian dan kemudahan bagi memeriksa lebih ramai orang.

SUMBER: CNN 

Leave a Reply