McDonald’s Malaysia Perkenal 3 Siri Minuman Boba Baharu

Meskipun trend minuman boba tidak lagi ‘segila’ seperti sebelum ini sehinggakan banyak syarikat minuman boba tumbuh bak cendawan, namun ramai sahaja yang beratur untuk mendapatkan minuman tersebut.

Umum mengetahui, tahun lalu McDonald’s Thailand memperkenalkan siri minuman boba di sana dan ramai tertanya-tanya bila pula giliran Malaysia untuk menawarkan minuman tersebut.

Nampaknya, McDonald’s Malaysia juga turut mengambil langkah memperkenalkan 3 siri minuman boba baharu iaitu Brown Sugar Boba Latte, Brown Sugar Boba Milk dan Brown Sugar Boba Americano.

Harga ditawarkan untuk minuman boba ini bermula bermula dari RM8.48 sahaja untuk saiz medium dan untuk saiz besar berharga RM10.99.

Tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan minuman ini di cawangan McDonald’s terdekat atau beli secara dalam talian menggunakan.