Negara Bebas COVID-19, Warga China Buka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Baru sahaja wabak COVID-19 di negara China, nampaknya rakyat mereka sudah tidak sabar untuk menjual dan menjamah haiwan eksotik apabila pasar basah yang menjual haiwan-haiwan tersebut sudah pun mula dibuka pada 28 Mac lalu.

Memetik laporan Daily Mail, pasar itu dibuka untuk meraikan negara mereka yang sudah bebas daripada wabak COVID-19.

Namun apabila pasar basah itu dibuka kali ini ada pegawai yang menjaga kawasan tersebut untuk menghalang orang ramai mengambil gambar bagi mengelakkan perkara itu tersebar di media sosial.

Terdahulu, wabak misteri itu dikatakan berpunca daripada Pasar Hunan Seafood yang tertelak di bandar Wuhan yang sering menjual haiwan eksotik seperti ular tedung, kelawar, tikus, serigala hidup dan koala untuk dijadikan makanan.

Bagaimanapun, selepas penurunan kadar jangkitan di China, tular satu propaganda a yang kini bahayang dikongsikan melalui media sosial China iaitu Weibo dimana wabak COVID-19 bukan berasal dari China tetapi negara Itali.

Sebelum ini, China menuduh tentera Amerika Syarikat yang membawa virus tersebut ke Wuhan. Difahamkan, Wuhan merupakan satu-satunya bandar China yang masih dalam perintah berkurung, bagaimanapun perkhidmatan kereta api masih dibenarkan beroperasi.

Leave a Reply