Pakar Dakwa COVID-19 Bunuh Lebih Banyak Lelaki Berbanding Wanita?

Lebih 400,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga meragut 22,000 nyawa, pakar turut mempersoalkan corak kematian dimana wabak itu lebih banyak membunuh lelaki berbanding kaum wanita.

Seperti di Itali 60 peratus lelaki positif COVID-19 dan lebih 70 peratus kes kematian melibatkan lelaki. Di Korea Selatan, wanita positif virus tersebut lebih tinggi tetapi 54 peratus kematian dilaporkan adalah dikalangan lelaki.

Memetik laporan CNN antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tahap kesihatan yang tidak memuaskan menjadi punca lelaki lebih berisiko mati berbanding wanita.

Sebuah institut penyelidikan membuat analisis beberapa buah negara dengan kes tertinggi mengikut jantina untuk mengenal pasti punca mengapa wabak tersebut lebih banyak membunuh lelaki berbanding wanita.

Menurut Sarah Hawkes, profesor kesihatan di Universiti College Londong (UCL) dan Timbalan Pengarah di Global Health berkata di sebahagian besar negara, jumlah lelaki ramai yang merokok dan minum alkohol berbanding wanita.

Ujarnya lagi, tahap kesihatan lelaki lebih cepat menurun apabila dijangkiti wabak. Tahap kesihatan itu juga telah menjadi sebab kepada beberapa penyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan sakit jantung.

Dalam satu kajian lain menunjukkan bahawa lelaki Itali mempunyai kadar hipertensi yang lebih tinggi daripada wanita, sementara lelaki Cina cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk mempunyai diabetes tahap 2.

Beberapa kajian mendakwa wanita mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat terhadap jangkitan virus berbanding lelaki kerana mungkin ada kaitan dengan perubahan hormon.

Selepas mengambil kira semua perkara di atas, kajian mendakwa 50 peratus kaum lelaki berpotensi untuk meninggal dunia akibat COVID-19 berbanding wanita.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply