Panik Perintah ‘Lockdown’, Rakyat Belanda Beratur Panjang Beli Bekalan Ganja

Umum mengetahui kerajaan Belanda sudah pun mengumumkan perintah ‘lockdown’ terhadap semua rakyatnya susulan 1,000 kes dicatatkan dan mengkibatkan 20 kematian di negara tersebut angkara wabak COVID-19.

Jika terjadinya ‘lockdown’ pasti rakyat akan berpusu-pusu untuk membeli keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan. Namun berbeza di negara itu apabila rakyatnya beratur panjang bagi mendapatkan bekalan ganja agar tidak terputus bekalan.

https://twitter.com/SpongeBobCatz/status/1239239109413044224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239239109413044224&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Frakyat-belanda-panik-beratur-beli-bekalan-ganja-selepas-kerajaan-isytihar-lockdown%2F

“Untuk dua bulan akan datang mungkin kami tak boleh dapatkan bekalan ganja, jadi lebih baik jika ada sedikit bekalan dirumah,” kata Jonathan seorang pembeli di luar kedai kopi The Point di The Hague.

Difahamkan, sebuan ke atas kedai ganja dilakukan selepas beberapa minit kerajaan mengeluarkan arahan ‘lockdown’ Ahad lalu.

“Saya baru sahaja menonton sidang media bersama rakan serumah dan apabila turun ke bawah rumah sudah ramai yang beratur dan banyak kereta baru tiba untuk mendapatkan bekalan ganja,” kata Hanna yang turut beratur di The Hague.

Untuk pengetahuan anda, ganja sebenarnya salah di sisi undang-undang Belanda, namun kerajaan di sana memberi kelonggaran kepada rakyat mereka dengan memiliki ganja tidak lebih daripada lima gram.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: France24

Leave a Reply