Pertama kali kami layan drama bersini 20 episod ini di Netflix, serius memang kagum sangat dengan pemandangan yang cantik.
BACA: 5 Kebenaran Memeritkan Dalam Drama Korea The Penthouse
Masa tengok episod pertama, memang rasa babak yang dilakonkan di Italy itu cukup menenangkan – siap cakap nanti bila Covid sudah reda dan boleh rentas negara, bolehlah nak sana.
Namun rupa-rupanya, babak-babak di Italy yang anda lihat sebenarnya adalah imej janaan komputer (CGI) semata-mata.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Song Joong Ki selaku pelakon utama yang menyatakan bahawa dia tidak pernah menjejakkan kaki di Italy.
Namun ada cerita mengapa perkara sedemkian terjadi. Menurut laporan koreaboo.com, team produksi sememangnya dijadualkan membuat penggambaran di sana.
Bagaimanapun, oleh kerana badai Covid yang melanda, perkara tersebut dibatalkan seterusnya memerlukan produksi tersebut menggunakan skrin biru demi menjayakan babak di negara tersebut.
Drama bersiri Korea itu juga sebenarnya menelan belanja sekitar $18 juta USD (lebih kurang RM72 juta) – satu nilai yang sangat berbaloi apabila melihatkan hasil dalam drama tersebut.
Rata-rata netizen terkejut dan tergamam setelah mengetahui perkara berkenaan kerana apa yang mereka lihat di skrin televisyen adalah terlalu realisitik.
Jika anda adalah pengikut tegar drama berkenaan, kami kongsikan beberapa lagi gambar yang mungkin buat anda rasa kagum.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.