Penduduk Degil Mahu Solat Terawih Tapi Dibatalkan Selepas Ada Jemaah Pengsan

Semalam merupakan malam pertama umat Islam menunaikan solat Terawih. Bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19, kita tidak boleh ke masjid untuk menunaikan tarawih dan perlu melakukan di rumah sahaja.

Bagaimanapun penduduk di Kota Surabaya, Indonesia dilaporkan tetap meneruskan solat terawih seperti biasa di masjid. Difahamkan kira-kira 30 orang jemaah ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.

Bagaimanapun, solat tarawih yang dijalan di Masjid Kemayoran terpaksa dibatalkan apabila ada jemaah yang pengsan secara tiba-tiba.

Susulan kejadian itu, keadaan menjadi panik dan para jemaah memilih untuk pulang ke rumah. Pihak polis yang tiba di masjid tersebut kemudian memanggil ambulans dan petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Tidak lama kemudian, petugas kesihatan tiba di tempat tersebut lengkap memakai sut PPE untuk keselamatan.

Difahamkan, masjid tersebut kemudian diarah tutup dan semua yang berada di masjid berkenaan diminta untuk melakukan ujian saringan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Malah, kawasan di dalam masjid juga ditutup sementara waktu.

Menurut saksi, mangsa baru sahaja menunaikan solat Maghrib dan dilihat seperti mahu pulang dan tidak jadi menyertai solat Tarawih. Namun, tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

SUMBER: Kumparan

Leave a Reply