Pesawat Sriwijaya Air Sah Terhempas, Cebisan Daging Manusia & Serpihan Pesawat Ditemui

Takziah buat keluarga yang terlibat di dalam nahas pesawat pesawat Indonesia, Sriwijaya Air Flight SJ182. Menurut laporan mStar Online, pasukan misi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) telah menemui serpihan badan pesawat dan juga cebisan daging manusia.

BACA: Ini Rupanya Maksud Nama Syarikat Penerbangan Pakistan ‘AirSial’

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam ini, berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

“Presiden (Presiden Indonesia Joko Widodo) memberikan arahan kepada kami untuk memaksimumkan upaya pencarian,” kata Budi Karya.

Sementara itu menurut beberapa laporan, ada nelayan berhampiran lokasi kejadian turut mendengar bunyi dentuman yang kuat. Apa pun, semoga semua proses mengenal pasti pesawat dan mangsa selepas ini dipermudahkan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.