Rakyat Singapura Panik, Serbu IKEA Sebelum Ditutup Mulai Esok

Jumaat lalu, kerajaan Singapura mengumumkan penutupan sekolah serta tempat kerja yang tidak penting (non-essential) bermula esok (Selasa) selama sebulan bagi membendung penularan COVID-19 di Singapura.

Pengumuman itu sekaligus membuatkan orang ramai panik sehingga berpusu-pusu ke gedung perabot IKEA hujung minggu baru-baru memandangkan ia antara perniagaan di bawah kategori tidak penting dan akan ditutup mulai Selasa ini.

Tular gambar pengunjung beratur panjang di luar menunggu giliran untuk memasuki gedung perabot itu. Namun apa yang paling dibimbangkan apabila ada yang datang beratur membawa anak kecil.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen Singapura sendiri yang menyindir sikap rakyat mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak memahami mengapa perintah penutupan dikeluarkan.

Malah ada yang mengatakan sebelum ini ada yang mengecam tindakan rakyat Malaysia menyerbu balai polis untuk pulang ke kampung, tetapi tertanya-tanya apa tujuan mereka berpusu-pusu ke IKEA.

https://twitter.com/PanicatTesco/status/1246791358024572929?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1246791358024572929&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Frakyat-singapura-panik-beratur-meatball-ikea%2F

Setakat ini, Singapura telah merekodkan 1,309 kes dengan 6 kematian. Seperti juga di Malaysia, pasar raya yang menjual barangan keperluan seperti bahan mentah tidak akan ditutup.

Leave a Reply