Running Man Akan Bosan Tanpa Kwang Soo, Rating Bakal Turun?

Hampir 11 tahun menjayakan rancangan Running Man, Lee Kwang Soo mengumumkan pengunduran dirinya sejak program itu disiarkan pada tahun 2010.

Lee Kwang Soo membuat keputusan untuk keluar dari Running Man susulan dia masih lagi menjalani rawatan berkala selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu.

Katanya lagi, sukar untuk mengekalkan keadaan fizikal terbaik ketika rakaman Running Man. Difahamkan, episod terakhirnya bersama Running Man akan disiarkan pada 13 Jun ini.

Susulan pengunduran Lee Kwang Soo, timbul spekulasi adakah rancangan tersebut akan bosan dan rating bakal turun selepas ini?

Mana tidaknya, boleh dikatakan Kwang Soo antara ahli paling menyerlah dengan lawaknya yang bersahaja dan sentiasa ‘bernasib malang’ dalam misi sekaligus membuatkan ramai terhibur.

Seperti diketahui, Kwang Soo sering dibuli oleh Jong Kook dan selepas ini tiada lagi momen tersebut di dalam Running Man.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Running Man tidak akan lengkap jika tiada Kwang Soo. Serta ada yang mengatakan ada kemungkinan Running Man akan terkubur selepas ketiadaan Kwang Soo.

Nampaknya, ramai yang sedih Kwang Soo akan mengundurkan diri. Adakah Running Man juga akan berakhir?

SUMBER: Kakimuvee