Saintis Tawar RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Wabak misteri coronavirus yang melanda di wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara itu sendiri malah di seluruh dunia. Lebih panik, apabila jumlah kematian meningkat kepada 4,072 orang dicatatkan hari ini.

Sehingga kini masih tiada penawar untuk virus tersebut. Bagaimanapun, beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa vaksin pertama dijangka akan dikeluarkan bulan hadapan.

Difahamkan, para saintis dan penyelidik sedang bertungkus lumus untuk mencari penawar. Namun mereka memerlukan beberapa sukarelawan yang bersedia untuk dijangkiti wabak membawa maut itu.

Memetik laporan Mirror, sukarelawan yang berminat akan dibayar sebanyak £3,500 (RM 19,231) jika bersetuju untuk menjadi ‘tikus makmal’. Namun mereka perlu di kuarantin disebuah fasiliti selamat di London selama dua minggu.

Malah, sukarelaran juga dilarang untuk berhubung dengan dunia luar serta dilarang untuk bersenam. Malah mereka juga diberikan makanan dan minuman yang disediakan sahaja.

Namun, sukarelawan akan dibenarkan bermain permainan video dan menonton televisyen untuk meluangkan masa.

Mereka memerlukan 24 orang sukarelawan yang akan dijangkiti dengan dua jenis coronavirus OC43 dan 229E yang mempunyai sifat sama seperti Covid-19. Dua jenis virus ini akan memberikan simptom yang sama dengan seseorang dijangkiti Covid-19.

Selepas dijangkiti, sukarelawan tersebut akan digunakan oleh para saintis untuk menghasilkan penawar Covid-19.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

One comment

Leave a Reply