Senator AS Dakwa Wabak Coronavirus Berasal Dari Makmal Di China

Sehingga hari ini jumlah kematian akibat wabak coronavirus dilaporkan telah meningkat kepada 1,868 di China dan lima lagi kematian dicatatkan di luar negara tersebut.

Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia yang tertanya-tanya dari mana datangnya wabak misteri itu. Sebelum ini wabak itu dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, China.

Bagaimanapun, menurut Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton dalam sebuah temu bual Sunday Morning Futures, menegaskan bahawa kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.

Kenyataan itu dibuat apabila beliau mendakwa kerajaan China sanggup menipu mengenai angka sebenar mangsa yang dijangkiti wabak coronavirus.

Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,800 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak tidak jauh dari pasar basah Wuhan.

Ujarnya lagi, meskipun pihaknya tidak mempunyai bukti mengenai perkara berkenaan namun ketidakjujuran China sejak mula lagi perlu dipersoalkan.

Malah, South China University of Technology turut merumuskan perkara yang sama bahawa koronavirus itu berkemungkinan berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, makmal tersebut turut menyimpan sebanyak 605 ekor kelawar bagi mengkaji lebih mendalam mengenai penyakit pernafasan yang dibawa oleh haiwan pembawa penyakit itu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Awani

Leave a Reply