Siti Nurhaliza, Neelofa Tersenarai 100 Selebriti Paling Berpengaruh Forbes

0
3239

Seperti yang dinantikan setiap saban tahun, Forbes sekali lagi mengeluarkan senarai 100 Asia-Pacific’s Most Influential Celebrities on Social Media di laman web mereka.

Senarai-senarai yang dikeluarkan itu merangkumi penyanyi, band serta pelakon yang paling berpengaruh di media sosial yang berjaya mengumpulkan berjuta-juta bahkan berbilion pengikut.

Menurut laman web tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pengikut di platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan peminat-peminat mereka.

Selain itu, antara kriteria lain pula merangkumi selebriti yang meningkatkan kesedaran serta menggunakan pengaruh mereka untuk membantu terutama sekali ketika berdepan pandemik Covid-19.

 

Lebih membanggakan dua orang selebriti Malaysia iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan usahawan terkenal, Neelofa juga turut tersenarai.

Dalam pada itu, beberapa nama besar dan selebriti dari beberapa buah negara turut tersenarai antaranya dari Korea, India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina, Indonesia dan China.

SUMBER: Forbes.com