Dalam banyak-banyak mi goreng di pasangan tiada yang boleh ‘lawan’ dengan keenakan mi goreng Indomie yang sentiasa menjadi kegemaran ramai di Indonesia dan juga Malaysia.
Pernah terfikir tak akan wujud aiskrim perisa mi goreng Indomie? Terbaru, sebuah syarikat aiskrim di Indonesia iaitu Holi Ice Cream memperkenalkan aiskrim berperisa Indomie yang pertama di negara itu.
Jika mi goreng Indomie didatangkan dengan kriuk-kriuk yang ditabur di atas mi, aiskrim ini juga turut didatangkan dengan bawang goreng yang turut ditabur di atasnya.
Selepas syarikat itu melancarkan aiskrim Indomie berkenaan, rata-rata netizen tidak begitu teruja dengan berkenaan malah ada yang menganggap ianya satu ‘penghinaan’ terhadap mi goreng Indomie.
Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya aiskrim perisa Indomie itu dan mahu mencubanya. Malah, melihatkan bekas aiskrim itu ada yang menyangkakan ianya bekas lilin wangi.
Pemilik Holi Ice Cream, Stephen berkata dia mendapat idea untuk menghasilkan aiskrim berkenana kerana terlalu sukakan mi goreng Indomie.
“Saya sedang menikmati Indomie goreng ketika itu dan terfikir kalau ada aiskrim berperisa Indomie ini memang cool,” katanya.
Dalam pada itu Stephen berkata dia turut memberikan aiskrim tersebut kepada orang lain untuk mencubanya tanpa memberitahu ianya perisa Indomie.
Namun, respon yang diterima sangat mengejutkan apabila mereka mengatakan rasnaya sangat sedap dan terkejut apabila mengetahui ia sebenarnyaaiskrim Indomie.
Aiskrim Indomie itu baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos lalu. Sebelum ini syarikatnya memperkenalkan aiskrim perisa “Butterbeer” dan “Polyjuice Potion” yang diambil daripada filem Harry Potter dan perisa Cornflakes.
SUMBER: Free Malaysia Today