Melalui kehidupan tanpa insan tersayang adalah sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi ketika musim Covid-19 ini. Mungkin hilang tempat bergantung harap dan peneman bicara harian. Namun apa yang anda akan baca ini mungkin luar dari kebiasaan.
BACA: Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19
Menerusi laporan Kompas.com, seorang wanita telah melumurkan najis pada sut Kelengkapan Perlindungan Diri (KPD) atau Personal Protective Equipment (PPE) petugas kesihatan yang terlibat untuk membawa suaminya ke hospital. Bukan seorang tetapi 3 orang.
Kejadian yang terjadi di Surabaya, Indonesia itu bermula apabila lelaki berkenaan telah pun disahkan positif Covid-19 melalui ujian swab yang dilakukan pada 23 September.
Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat petugas kesihatan di sana gara-gara ahli keluarga lelaki berkenaan iaitu isteri dan anak kedua mereka enggan bekerjasama.
Selepas masing-masing mencapai kata putus untuk membawa lelaki berkenaan ke hospital, isteri si pesakit tetap menolak sehingga bertindak untuk melumurkan najis kepada petugas tersebut.
Menurut Polis Surabaya, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan terhadap tujuh saksi termasuk petugas kesihatan dan pengadu.
Demi cinta dan insan tersayang, kita sanggup lakukan apa saja, bukan?