Trailer Fast & Furious 9 Banyak Babak Tak Logik?

Buat peminat setia francais filem penuh aksi ini, kehadiran trailer Fast & Furious 9 sudah cukup buat hati tak sabar nak ke panggung wayang.

Masih kami ingat lagi ketika di awal kemunculan beberapa filem ini yang memperjudikan kereta mewah dan sports car, hubungan brotherhood paling utuh di kalangan pasukan mereka dan juga pelbagai plot twist yang tak disangka memang buat kita excited.

Tapi itulah dia, filem ini juga dalam masa yang sama cukup hebat dalam menafikan hukum fizik alam semesta demi menjayakan babak yang penuh dramatik. Untuk trailer ini, rujuk saat ke 0:50.

Melambunglah macam mana sekali pun, selagi watak tersebut masih perlu dihidupkan dalam babak seterusnya, hiduplah dia.

Eh malas cakap banyak, jom layan dulu trailer mereka kali ini. Oh, satu perkara lagi yang menggembirakan peminat filem ini adalah dengan kehadiran semula Han.

Nak diikutkan, Han macam dah mati sebelum ini, namun untuk Fast & Furious 9, dia kembali.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply