Trailer Terbaru Minions Dedah Gru Memang Jahat Sejak Dari Kecil?

Sebut sahaja Minions, pasti ramai yang meminati filem animasi tersebut. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan filem Minions: The Rise of Gru selepas menonton trailer yang baru sahaja dikongsikan oleh Universal Pictures dan Illumination.

Apa yang pasti, filem Minions: The Rise of Gru adalah prekuel sebelum filem Descipable Me, dimana mendedahkan watak Gru sewaktu kecil dan bagaimana dia akhirnya menjadi jahat.

Dalam filem tersebut, Gru yang berusia 12 tahun mempunyai impian untuk menjadi penjahat dan hadir ke ujibakat namun dipersendakan oleh juri. Mahu menunjukkan kebolehannya, Gru mencuri susuatu yang berharga oleh para juri super villain.

Dikejar oleh para penjahat yang mahu mendapatkan semula barangan berharga tersebut, Gru dibantu oleh Minions untuk membawa lari barangan itu. Bagaimanapun, lain yang terjadi apabila Minions menukarkan barangan tersebut dengan batu lain.

Adakah, Gru berjaya mendapatkan barangan yang dicurinya itu dan sekaligus membuatkan para penjahat mengakui Gru juga layak berada di kalangan mereka?

Apa kata anda tonton dulu trailer ini sebelum menunggu filem tersebut yang akan ditayangkan di pawagam pada 3 Julai 2020.

Leave a Reply