Upin Ipin Goyang Dangdut Bikin Netizen Kurang Senang

Animasi Upin Ipin adalah salah satu animasi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia. Gelagat dua beradik kembar seiras di dalam animasi ini bersama rakan-rakan memang boleh bikin gelak guling-guling.

BACA: Kerana Upin Ipin, Rakyat Indonesia ‘Claim’ Lagu Burung Kakak Tua Milik Mereka

Jika sebelum ini Fizi telah memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata dalam salah satu episod, baru-baru ini animasi ini sekali lagi menarik minat penonton Malaysia dan juga Indonesia.

Melalui lagu terbaru yang berjudul Goyang Upin Ipin, rata-rata masyarakat Malaysia kurang senang dengan perkara tersebut. Namun ia berbeza dengan penonton dari Indonesia yang dilihat terhibur dengan lagu berirama dangdut itu.

Bagaimanapun, perkara sebegini pastinya sudah dijangka oleh pihak penerbit. Jika difikirkan, irama dangdut sememangnya sinonim dengan negara seberang, tidak salah sekiranya dikatakan lagu ini ibarat menghargai peminat mereka di sana.

Namun yang menjadi sedikit kesalan rakyat Malaysia adalah kerana figura Upin Ipin itu sendiri yang dizahirkan sebagai kanak-kanak selain perbezaan budaya dan seni di antara dua negara.

Untuk pengetahuan, barisan watak dalam Upin Ipin sebelum ini pernah juga menjadi kumpulan penyanyi nasyid, kumpulan kompang untuk majlis perkahwinan dan macam-macam lagi yang menggambarkan budaya Malaysia.

Tapi diingatkan jika anda tidak pernah dengar lagu ini, semoga tidak terikut rentaknya yang sungguh catchy – membuatkan lagu ini terus trending di negara seberang.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂