Sudah memasuki episod ke 8 musim ketiga, nampaknya watak antagonis di dalam drama bersiri Korea, Penthouse masih lagi angkuh dalam melepaskan diri dalam setiap kemelut yang melanda.
BACA: 5 Kebenaran Memeritkan Dalam Drama Korea The Penthouse
Pada episod ke-8 ini juga kita dapat lihat hubungan Eun Byeol dan bapanya semakin tegang malah sangat memeritkan melihat Eun Byeol tersepit dalam mencari makna sebenar sebuah keluarga yang betul-betul menyayanginya.
Namun dalam masa yang sama, bagi siapa yang menonton episod 8 tadi, pasti boleh menjangkakan plot twist bagi watak Joo Dan Tae kerana tiba-tiba Shim Su Ryeon dibawa ke tempat penginapan Logan Lee.
Ini bermakna, keluarga Logan ibarat sudah mempunyai helah dan rancangan mereka sendiri dan hanya ‘melayan’ lakonan Joo Dan Tae.
Apa yang pasti dan kami yakin, ramai di antara penonton sangat menantikan saat akhir Joo Dan Tae dalam drama tersebut yang cukup menjengkelkan.
Diakui dalam beberapa episod kebelakangan ini, Joo Dan Tae bagaikan sudah hilang taring dan hanya bergantung kepada Seo Jin bagi meneruskan kehidupan.
Tapi kami harapkan drama ini tidak berakhir dengan segala apa yang terjadi ini sebenarnya hanyalah mimpi Seol A. Memang geram kalau team Penthouse buat ending sebegini.
Untuk pengetahuan anda, seperti mana yang kita tahu, sebelum ini drama ini hanya terancang untuk disiarkan 12 episod namun menurut sumber, bakal ada tambahan lagi 2 episod menjadikannya ia 14 episod secara keseluruhannya.
According to an exclusive report on July 22nd, SBS has decided to add two episodes for 'Penthouse 3.' The drama will come to an end on its 14th episode.#Penthouse3 #Penthouse3Ep7 #Penthouse3Ep8 pic.twitter.com/ntkgbNKJv2
— (@Chingu____) July 23, 2021
Bertabahlah buat peminat drama Korea yang menjadi bualan hangat ini. Seksa juga menunggu satu minggu satu episod,kan?
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.