25,000 Orang Berkumpul Di Bangladesh Doa Agar Dunia Selamat Dari COVID-19

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sudah pun mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik, namun masih ramai yang berdegil untuk menyertai pehimpunan awam yang boleh menyebarkan lagi wabak membawa maut itu.

Seperti yang terjadi semalam, satu besar-besaran diadakan semalam di Bangladesh melibatkan puluhan ribu orang Muslim untuk menunaikan solat sunat dan berdoa agar dunia bebas daripada wabak COVID-19.

Ketua Polis Tempatan, Tota Miah menganggarkan sekitar 10,000 muslim berkumpul di lapangan terbuka di kota Raipur di selatan Bangladesh untuk berdoa memohon disembuhkan dari wabak yang telah menyerang hampir 100,000 orang di seluruh dunia.

“Mereka mengadakan solat selepas subuh untuk membebaskan negara daripada coronavirus,” katanya.

Laporan mendakwa bilangan pengunjung yang hadir mencecah 25,000 orang dan perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Foto-foto perhimpunan berkenaan tular di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai. Netizen berkata mereka yang perlu dipersalahkan jika wabak berkenaan terus berleluasa.

“Tidak boleh dipercayai bagaimana mereka melakukannya tanpa memberitahu polis? Mereka akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang berlaku kepada rakyat di rantau ini,” tulis netizen.

Terdahulu, pihak berkuasa Bangladesh telah menutup sekolah dan meminta penduduk tempatan untuk mengelakkan perhimpunan besar dalam usaha untuk menghentikan penyebaran wabak penyakit.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: The Star

Leave a Reply