Setiap kali hari raya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memuat naik gambar keluarga sempena meraikan hari kemenangan itu.
Apa yang menjadi perhatian ramai foto yang dimuat naik oleh perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri dikecam netizen.
Menerusi beberapa foto raya dikongsikan turut mamaparkan Kevin mencium anak lelakinya di bahagian bibir.
Foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan ianya tidak sesuai serta menegur supaya tidak mernormakan perkara itu.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan tindakan itu adalah sesuatu yang normal serta simbolik kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
Bagaimanapun, ada yang menggatakan perunding keishatan itu tidak cium di bibir sebaliknya mencium di atas bibir.