Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin. Namun, tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa hadapan.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang lelaki apabola teman wanitanya berlaku curang di depan matanya.
Menerusi video dikongsikan, lelaki itu merakam pergerakan teman wanitanya yang kantoi keluar dengan lelaki lain.
Lebih kecewa apabila dihubungi, teman wanitanya menipu mengatakan berada di rumah sedang membantu ibunya ada tetamu datang beraya. Dapat dilihat air mata lelaki itu bertakung kerana kecewa dengan apa yang berlaku.
Terbaru, lelaki itu dilihat memuat naik video baru memohon maaf kepada kekasihnya itu di atas apa yang berlaku serta meluahkan masih rasa sayang pada wanita itu.
Bagaimanapun, wanita itu menghina lelaki berkenaan sebelum meletakkan panggilan telefon. Dapat dilihat lelaki itu sebak serta hingga mengalirkan air mata.
“Minta maaf apa sial, kau dah malukan aku 1 Malaysia. Kau dah letak gambar aku…Ish kau ni kang.
“Eh bodoh, bebal dengar sini, kau miskin, dah lah gemuk rupa pun tak ada. Kau ingat setaraf ke dengan aku. Banyak lagi lelaki better daripada kau. Kau jangan buang masa aku boleh,” kata wanita itu.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu serta mengatakan bahawa Allah sudah aturkan jodoh terbaik untuknya.
SUMBER: TikTok