Hangat diperkatakan semalam apabila syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd iaitu pengeluar roti Gardenia di Malaysia telah maklumkan pengeluaran roti telah sampai ke tahap maksimum.
Menerusi kenyataan itu lagi pihak Gardenia maklumkan bahawa tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.
Bagaimanapun, syarikat pengeluar roti Gardenia meminta orang ramai agar tidak panik kerana pengedaran produk ke pasar raya dan kedai lain masih berjalan seperti biasa.
Dalam kenyataan terbaru hari ini, pihak Gardenia berkata akan terus menghasilkan dan memasarkan roti serta produk lain selama tujuh hari seminggu walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Gardenia sentiasa bersama anda, dan kami ingin meyakinkan anda sedang melakukan yang terbaik, bekerja 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna sekalian,” katanya.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂