Setiap pasangan yang berkahwin pasti impi dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga.
Ada yang cepat dikurniakan zuriat, namun ada diuji perlu menunggu bertahun lamanya untuk menantikan kehadiran cahaya mata.
Baru-baru ini tular perkongsian Datuk Yasran dan isterinya, Datin Mega Marissa Malek yang menimang cahaya mata selepas 12 tahun berkahwin.
Menerusi satu entri, Yasran berkata dia dan isteri hampir putus asa selepas dua kali isterinya keguguran dan 7 kali gagal rawatan IVF dan hampir kehilangan bidadarinya itu.
Naluri seorang wanita, isterinya tetap memujuk untuk melakukan IVF terakhir dan akhirnya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Dalam perkongsian lain, Yasran berkongsikan isterinya sudah bergelar ibu kepada 3 anak tiri dan 2 anak angkat.
Kuasa Allah, isterinya bergelar seorang ibu kepada cahaya mata mereka Yusra Mecca pada usia 42 tahun seminggu lalu.
SUMBER: Instagram Datuk Yasran