PSY Buat Challenge Janna Nick, Netizen Indonesia Pun Nak Claim Lagu Gatal

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila lagu Janna Nick berjudul Gatal turut mendapat perhatian superstar antarabangsa iaitu PSY.

Menerusi perkongsian di Instagram, PSY memuat naik dua video memaparkan proses disebalik tabir melakukan cabaran lagu Gatal itu serta hasilnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terutama dari Malaysia meluahkan rasa bangga apabila lagu tersebut kini tular di antarabangsa.

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila seorang netizen Indonesia mendakwa lagu tersebut adalah dari negara mereka.

Bagaimanapun, ada netizen Malaysia menjelaskan secara baik bahawa lagu itu adalah dari Malaysia dan dinyanyikan oleh Janna Nick.

Terdahulu, Janna mengakui gembira dan teruja apatah lagi superstar dunia memilih lagunya itu dalam masa sama mempromosikan lagunya.

SUMBER: Astro Gempak