Selepas dua bulan menjalankan perniagaan air balang, YouTuber terkenal Syahmi Sazli terpaksa membuat keputusan mengejut untuk menghentikan jualan buat sementara waktu.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Syhmi berkata dia turut kasihan dengan pekerjanya apatah lagi memberhentikan mereka tanpa notis.
Menurut Syahmi lagi, perniagaan air balang miliknya itu terpaksa dihentikan atas berapa faktor antaranya risau jika terambil hak tempat parkir orang lain.
Bukan itu saja, Syahmi turut memberikan bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pekerja pada hari terakhir perniagaan.
“Untuk hari terakhir, kita dapat sebanyak RM19,000 jualan. Malangnya kita takde rezeki untuk teruskan jualan ini selepas dua bulan.
“Setakat ini dulu selepas beberapa isu dan faktor, kita berhenti dulu. Tapi kasihan lah dekat pekerja ni sebab berhenti mengejut, biasanya ada notis.
“Biasanya seminggu korang (pekerja) dapat RM200-RM300 kan seramai 15 orang ni. Kita bagi RM1,000 seorang, ada lah duit untuk perbelanjaan,” katanya.
Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat para pekerja bersorak gembira serta menangis terharu menerima pemberian bonus berkenaan.
Terdahulu, Syahmi berkata jika ada rezeki dia akan membuka kedai lebih besar dan selesa. Syahmi turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang menyokong perniagaannya itu.
SUMBER: Facebook Syahmi Sazli