Sabtu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Allahyarham Adibah Noor yang meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat.
Namun, disebalik pemergian penyanyi itu, ada individu tidak brtangungjawab menghina pemergian penyanyi Adibah Noor dalam keadaan tidak menutup aurat.
Susulan komennya itu, pengguna Facebook dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan dikecam teruk sehingga gambarnya ditularkan oleh netizen.
Bagaimanapun, pemuda itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.
Pemuda itu memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham Adibah Noor serta semua pihak yang tersinggung dengan komennya itu.
“Di sini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan semua rakyat Malaysia serta peminat di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari,” tulisnya.
Pemuda itu juga turut mengakui sikapannya berpunca dari kejahilannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan pemuda itu membuat permohonan maaf selepas aibnya disebarkan oleh netizen.
Kata netizen lagi, jika mereka tidak berbuat demikian belum pasti pemuda itu akan membuat permohonan maaf serta menyesali perbuatannya itu.
SUMBER: Facebook KJ Nilam