Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila suaminya, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sekaligus mengejutkan ramai termasuk keluarganya.
Seperti diketahui ramai, rumah tangga pelakon Puteri Sarah bakal berakhir pada 18 April ini apabila suaminya Syamsul Yusof bersetuju untuk melafazkan cerai terhadapnya.
Di laman Twitter, penampilan Puteri Sarah ketika hadir di mahkamah baru-baru ini menjadi perhatian apabila bajunya dipuji cantik oleh netizen.
Puteri Sarah punya baju nak bercerai lagi cantik dari orang tu masa nikah kat Siam. Queen behaviour. https://t.co/NlMYvLW2dU
— Effa Mokhtar (@efaperfume) April 11, 2023
Malah, ada netizen mengatakan baju Puteri Sarah ketika hadir bagi urusan perceraian itu lebih cantik daripada madunya, Ira Kazar ketika nikah di Siam.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi oleh netizen lain yang turut bersetuju bahawa Puteri Sarah sememangnya cantik dan ada kelas.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan baju nikah Ira dikatakan kelihatan seperti dibeli di pasar malam.
Malah, ada yang tidak dapat lupakan dengan pendedahan netizen Ira Kazar kantoi pakai stokin bola masa nikah.