Dahi Qasrina Karim Dikutuk Jendul, Mierul Aiman Tampil Back Up?

Baru-baru ini, pelakon sedang meningkat naik iaitu Qasrina Karim meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang mengutuk fizikalnya.

Difahamkan, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan semula gambar pelakon itu berserta komen yang mengutuk dahi Qasrina.

Qasrina dilihat tampil membalas kenyataan itu seolah memberi bayangan kecewa dibuli oleh netizen. 

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila pelakon lelaki yang digosipkan dengan Qasrina iaitu Amierul Aiman dilihat memuat naik ciapan di Twitter seolah mempertahankan aktres itu.

“Kamu mempunyai keaslian dalam kecantikan. Jalan terus,” tulis Mierul.

Perkongsian Mierul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan kenyataan itu ditujukan pada Qasrina dan ramai menyokong ciapan tersebut.

SUMBER: Twitter