“Yang Fitnah Mira Dah Minta Maaf Belum? Nanti Merangkak Cari Aku”

Baru-baru ini tular video di Facebook memaparkan influencer sensasi bernama Mira menjawab persoalan netizen mengenai kontroversi antara View Chin dan isterinya, Ah Moi.

Menerusi video itu, Mira berkata dia semua perkara yang deidahkan oleh Ah Moi adalah benar. Ujarnya, dia juga mempunyai cerita tersendiri namun tidak mahu memaklumkan kepada umum.

Menurut Mira, ketika netizen mendakwanya adalah View Chin, dia membetulkan bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya.

Dalam pada itu, Mira turut mempersoalkan netizen semula sama ada sudah meminta maaf kepadanya atau belum kerana memfitnahnya.

“Yang fitnah Mira dah minta maaf belum? Nanti dekat kubur merangkak cari aku,” katanya.

Mira turut menegaskan bahawa dia bukan punca View Chin dan Ah Moi bercerai. Katanya lagi, dia menjalin hubungan dengan View Chin selepas pasangan itu bercerai.

SUMBER: Facebook