Dikala negara sedang dilanda krisis wabak COVID-19 sehingga ramai yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan, namun kita masih boleh menarik nafas lega apabila dikurniakan para pemimpin yang berjiwa rakyat.
Jika sebelum ini Perdana Menteri dan kesemua ahli jemaah menteri telah bersetuju untuk memotong gaji mereka selama dua bulan untuk disalurkan ke Tabung Covid-19, nampaknya Yang di-Pertuan Agong juga turut menyahut keputusan kerajaan itu.
Dialaporkan, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan.
Penangguhan bayaran akan dijalankan selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos. Usaha ini adalah untuk meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menyifatkan Perkenan Seri Paduka baginda berdua mencerminkan keprihatinan terhadap krisis kewangan yang melanda rakyat.
SUMBER: Astro Awani