Bengang Duit Dalam CIMB ‘Lesap’, Netizen Persoal Keselamatan Akaun Mereka

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila rata-rata netizen terkejut wang simpanan mereka di akaun CIMB Bank didapati ditolak tanpa mereka sedar dalam tempoh beberapa hari ini.

Menerusi foto tular dikongsikan oleh netizen, kebayakan transaksi tersebut disenaraikan sebagai direct debit dan jumlah potongan ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit.

https://twitter.com/kimmohito/status/1246201753885757441?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1246201753885757441&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fada-yang-cecah-rm11000-netizen-bengang-duit-dalam-akaun-cimb-ditolak-tanpa-sedar-secara-berjemaah%2F

https://twitter.com/meisjoseph/status/1245998219479240705?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1245998219479240705&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fada-yang-cecah-rm11000-netizen-bengang-duit-dalam-akaun-cimb-ditolak-tanpa-sedar-secara-berjemaah%2F

Perkara itu sekaligus menimbulkan kemarahan netizen dengan mendakwa wang mereka telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malah, rata-rata netizen turut mempersoalkan keselamatan akaun mereka berikutan apa yang berlaku.

Lebih berang apabila rata-rata pengguna mengatakan mereka gagal gagal menghubungi pusat panggilan cimb bagi mengajukan pertanyaan. Susulan itu, mereka kemudiannya memilih untuk membuat pertanyaan menerusi media sosial.

Pihak CIMB menerusi Twitter kemudiannya tampil menjawab aduan dan pertanyaan tersebut.

Menurut mereka transaksi tersebut adalah sah manakala penggunaan ayat direct debit itu merujuk kepada transaksi kad debit di luar negara atau langganan/ pembelian dalam talian seperti di Spotify atau Netflix.

 

Bagaimanapun, meskipun pihak CIMB sudah pun menjawab persoalan netizen, namun ada di antara mereka tidak berpuasa hati kerana mereka juga ‘terkena’ walaupun tidak melanggan apa-apa servis.

Apa pun diharap CIMB dapat tampil memberikan penjelasan lebih lanjut berkenaan isu ini memandangkan begitu ramai pengguna yang terjejas dan mengalami situasi yang hampir sama.

Leave a Reply