Disaat kes positif COVID-19 menular di negara kita, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak itu. Malah, kerajaan turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengkuarantin mereka yang baru pulang dari luar negara.
Namun baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular foto fasiliti kuarantin yang ditempatkan di sebuah tempat di Nilai, malah ada yang ditempatkan di hotel sekitar ibu kota.
Lengkap seperti menginap di hotel. pic.twitter.com/tVnXOGnQcM
— Pemburu Tiket Murah (@pmbrutiketmurah) April 3, 2020
Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COVID-19, ditempatkan di pusat kuarantin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ.
Nak lihat keadaan tempat ini?#malaysiacovid19 #NewZealand #MovementControlOrder #COVID19
Quarantine thread pic.twitter.com/H1fN0HCemd— ♚ theflychic (@AisyRumaisha) April 5, 2020
Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang netizen yang membandingkan dengan apa yang dilakukan terhadap golongan gelandangan. Malah, ada yang mengatakan fasiliti yang disediakan untuk mereka yang dikuarantin terlalu berlebih-lebihan dan tidak adil.
https://twitter.com/anakmudanegara/status/1247316202365435905?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247316202365435905&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fperbezaan-antara-dua-darjat-fasiliti-kuarantin-cetus-pertikaian-netizen%2F
Hati saya tak kuat melihat keadaan begini…terima kaseh kpd yg membantu.Kita sediakan makan 6 kali sehari,tp selimut,cadar,kain solat,baju,kurang sempurna.Kebersihan&sanitasi perlu di pertingkatkan.Urusan daftar utk pelbagai bantuan yg mereka layak..bantu buat ic yg hilang dll pic.twitter.com/or4QcJf1nt
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 5, 2020
Malah, satu perkongsian di Twitter menunjukkan ratusan gelandangan ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP serta hanya diberikan tilam nipis sahaja.
https://twitter.com/zhukl/status/1247150444842897411?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247150444842897411&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fperbezaan-antara-dua-darjat-fasiliti-kuarantin-cetus-pertikaian-netizen%2F
Dalam pada itu ada yang mengatakan golongan gelandangan juga perlu mendapat layanan yang sama dengan mereka yang baru pulang dari luar negara. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa orang kaya sahaja sering mendapat layanan istimewa daripada orang miskin.
https://twitter.com/izwanshahmin/status/1247175890879930368?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247175890879930368&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fperbezaan-antara-dua-darjat-fasiliti-kuarantin-cetus-pertikaian-netizen%2F
Rasa macam tak adil kan? Petugas KKM berpanas pakai PPE, taruh nyawa everyday kerja rawat org, tidur tak cukup, makan tak sempat. Mai pulak org dari luar negara balik malaysia komplen tempat kuarintin mcm penjara, dpt duduk hilton siap makan. Bila lah dunia ni nak adil.
— pitt. (@pittssuda) April 6, 2020
Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan layanan yang diberikan tidak adil kerana petugas hospital perlu berpanas serta bertaruh nyawa, adakalanya nak tidur dan makan pun tidak sempat tetapi mereka yang baru pulang dari luar negara di kuarantin di hotel.