Boleh dikatakan ramai yang terkesan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Ada yang kehilangan mata pencaraian, malah ada yang tiada sumber makanan dan terpaksa mengharapkan bantuan.
Paling kasihan pelajar universiti yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing dan terpaksa berada di asrama sepanjang tempoh tersebut. Namun, masih ada bantuan makanan oleh mereka dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Bagaimanapun, apabila diberikan bantuan boleh pula ada yang merungut di media sosial. Sejak semalam tular perkongsian seorang pelajar dipercayai penuntut di Universiti Malaya mengeluh kerana makanan percuma yang diberikan tidak seperti yang dikehendaki.
Menurutnya lagi, bukannya dia tidak bersyukur dan meminta netizen melihat sendiri dua bungkusan makanan yang diterimanya.
Seperti sudah dijangka perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang meluahkan rasa bengang dengan keluhan pelajar itu. Kata netizen, bersyukurlah kerana diberikan makanan secara percuma sedangkan ramai lagi diluar sana terpaksa berjimat demi menampung keluarga.
Melihatkan lauk berkenaan ramai yang mengatakan semuanya serba serbi cukup dan mempersoalkan apa lagi yang dinginkan oleh pelajar berkenaan.
Difahamkan, perkongsian tersebut sudah pun dipadamkan oleh pelajar berkenaan. Mungkin tidak tahan dengan kecaman hebat yang diterima.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂