Kedai Gunting Rambut Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Kerjaan memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

https://twitter.com/BernamaTV/status/1249587489779539968?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1249587489779539968&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fkedai-gunting-rambut-tidak-dibenarkan-beroperasi-sepanjang-pkp%2F

“Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat dan sudah mendengar suara rakyat. Kerajaan juga mendengar nasihat daripada pakar tertentu dan pandangan NGO mengenai perkara ini.

“Saya kira ini menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat, maka Perdana Menteri sendiri memutuskan tidak ada lagi isu berkaitan kedai gunting rambut dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen tidak bersetuju apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi ketika fasa tiga PKP, antaranya kedai gunting rambut.

Malah, majoriti pengusaha kedai gunting rambut, dilaporkan sanggup menanggung kerugian dengan menutup kedai, berbanding berdepan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Leave a Reply