Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilajutkan, namun ramai sudah boleh menarik nafas lega apabila Malaysia mencatatkan kadar kesembuhan 45 peratus menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar kesembuhan tertinggi di dunia.
Dimana ketika seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik ini dan menghampiri bilangan kes ke dua juta, Malaysia pula semalam telah mencapai angka kesembuhan melebihi 2000 kes.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1249508144515960832?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1249508144515960832&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.xtra.com.my%2Fviral-news%2Fterkini-covid-19-kadar-kesembuhan-di-malaysia-antara-yang-tertinggi-di-dunia%2F
Menerusi statistik WHO yang dimuat naik oleh KKM di Twitter, menunjukkan Amerika Syarikat paling teruk terjejas dengan kes melebihi setengah juta dan kematian melebihi 20,000.
Kadar kesembuhan tertinggi adalah di China iaitu sebanyak 94 peratus dan Korea Selatan 69 peratus.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1249261837306060802?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1249261837306060802&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmalaysia-cecah-2000-kesembuhan-di-saat-dunia-menghampiri-kes-positif-ke-2-juta%2F
Bukan itu sahaja, kadar kematian akibat wabak itu di Malaysia juga antara yang terendah di dunia dengan 76 kematian dicatatkan atau secara peratusnya sebanyak 1.6 peratus.
Kadar peratusan kematian dunia yang ketika ini berada sebanyak 6.1 peratus sekaligus menjadikan kita antara negara yang mencatatkan kadar kematian yang rendah di Asia Tenggara.
Jika kita mematuhi peraturan dan saranan yang telah dikeluarkan kerajaan seperti berada di rumah bagi menangani wabak merbahaya itu tidak mustahil kita mampu untuk menangani COVID-19 dalam masa terdekat ini.