Meskipun rata-rata negara melaksanakan perintah berkurung namun ia tidak akan dapat menghentikan COVID-19 dalam tempoh yang singkat. Malah, saintis dari Harvard menjangkakan amalan penjarakkan sosial mungkin perlu diteruskan hingga tahun 2022.
Kajian itu dibuat memandangkan berikutan kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak. Difahamkan, setakat ini sebanyak lebih 600,000 kes dicacatkan di sana.
Kumpulan saintis itu menjangkakan COVID-19 ini akan menjadi satu wabak bermusim, malah kadar jangkitn akan meningkat naik pada musim sejuk.
Penulis utama kajian itu, Stephen Kissler, berkata pelanjutan kepada amalan penjarakan sosial amat diperlukan bagi memastikan rakyat terlepas daripada wabak berbahaya ini.
“Kami mendapati amalan penjarakan sosial ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja, ia tidak mencukupi untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam keadaan kapasiti bagi penjagaan kesihatan di AS amat terbatas,” katanya.
“Apa yang amat perlu dilakukan ketika ini dalam keadaan tidak ada jenis rawatan lain adalah terus melanjutkan tempoh penjarakan sosial,” katanya.
SUMBER: BH Online