Umum mengetahui sejak 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan kompuan RM1,000 dikenakan terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, ramai yang masih berdegil dan beranggapan nilai denda tersebut sedikit.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facecook iaitu Siti Rohaiza berkongsi kisah sedih apabila menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa yang membayar denda anaknya kreana ingkar PKP.
Siti Rohaiza yang berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan memberitahu bapa tersebut membayar denda tersbeut dengan duit syiling dan helaian duit RM1 yang sangat tebal.
Perkara itu sekaligus menimbulkan persoalan, Rohaiza kemudian bertanya kepada si bapa berkenaan mengenai perkara itu. Namun jawapan daripada bapa tersebut sangat meruntun hari apabila dia memberitahu mengorek tabung untuk membayar denda anaknya itu.
Menerusi perkongsian itu, Rohaiza turut menasihati golongan remaja atau mereka yang masih belum tiada pendapatan agar duduk di rumah dan jangan menyusahkan ibu bapa yang terpaksa menghabiskan wang membayar denda anak-anak.