Baru sahaja reda dengan kontroversi selepas mendakwa minum air suam boleh membantu menghilangkan virus dalam badan dalan satu temu bual bulan lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Terbaru, timbul satu lagi kontroversi apabila video perbualan antara Dr. Adham dan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tular di media sosial dikecam teruk oleh netizen selepas beliau mendakwa bercakap dengan lebih 500 negara berkaitan isu COVID-19.
Menerusi siaran langsung di Facebook itu, Dr. Adham berkata beliau yakin yang usahanya setakat ini selaku menteri kesihatan juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tahap gebang dia level makam tertinggi!
Saya telah live dengan 500 Negara!!! pic.twitter.com/gl6uh0Foic
— Azfar Aza #DemiPertiwi (@azfaraza) April 18, 2020
Dakwaan beliau itu sekaligus menimbulkan persoalan dari netizen dari mana datangnya 305 buah negara sedangkan jumlah keseluruhan negara ketika ini hanya 195 sahaja.
Seperti sudah dijangka, nama menteri kesihatan itu trending nombor 1 di Twitter. Malah, dakwaan Dr. Adham itu turut mendapat perhatian warga Twitter yang secara bergurau membantu menyenaraikan beberapa negara untuk melengkapkan jumlan 500 negara itu.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menggesa supaya beliau meletakkan jawatan serta meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin peka dengan isu tersebut.
Untuk pengetahuan anda, sebanyak 195 buah negara di dunia yang diiktiraf Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).