Orang ramai yang berkeinginan untuk merentas negeri pulang ke kampung atau dari kampung pulang ke rumah masing-masing perlu melaporkan diri dengan mengisi borang atas talian kepada pihak polis.
Menurut Menteri Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob, arahan itu akan berkuatkuasa bermula 25 April dan permohonan tersebut boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia.
Aplikasi tersebut merupakan satu inisiatif daripada kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia (KKMM).
Selain melakukan permohonan secara atas talian, anda juga boleh melakukan permohonan ini di balai polis berhampiran.
#PerintahKawalanPergerakan Orang ramai yang balik kampung dan kini ingin kembali boleh mohon melalui aplikasi 'Gerak Malaysia' mulai 25 April – Ismail Sabri pic.twitter.com/m7ww9noqou
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 22, 2020
“Mulai 25 April, orang awam boleh buat permohonan, lapor nama, jumlah keluarga, lokasi dan sebagainya supaya boleh dapat maklumat yang terperinci serta boleh kesan mereka dari kawasan zon merah, hijau dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata pihak kerajaan akan mengkaji dahulu sisi baik dan buruk inisiatif tersebut serta akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan isu ini.
Kata beliau lagi, usaha tersebut dilakukan susulan banyak rayuan rakyat yang sudah berada di kampung masing-masing selama sebulan dan ingin pulang ke rumah mereka.