Umum mengetahui negara Amerika Syarikat kini mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia hampir mencecah 1 juta kes dicatatkan. Lebih bimbang apabila setakat ini sebanyak 52,000 kematian dilaporkan akibat wabak tersebut di sana.
Terbaru, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi cadangan untuk menyuntik pembasmi kuman sebagai rawatan untuk pesakit COVID-19 di hadapan media.
Difahamkan, beliau memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh para saintis dan doktor perubatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19. Cadangan itu diberikan berikutan pembasmi kuman mampu menghilangkan virus ‘dalam satu minit’.
“Bolehkah kita melakukan sesuatu seperti itu, dengan cara menyuntik ke dalam (badan)?
“Ini kerana, ia masuk ke dalam paru-paru dan jumlahnya (pembasmi kuman) sangat besar pada paru-paru. Maka, adalah menarik untuk mencubanya.”
Bagaimanapun, cadangan Trump itu ditolak oleh doktor dan pakar kerana umum mengetahui semua tahu bahawa menyuntik atau menelan produk pembersih kuman adalah bahaya. Malah, pakar menjelaskan ia adalah kaedah yang digunakan untuk mereka yang ingin membunuh diri.
“Idea menyuntik atau menelan semua jenis produk pembersih ke dalam badan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, dan ia berbahaya. Ia adalah kaedah biasa yang digunakan orang ketika mereka ingin membunuh diri,” kata Vin Gupta, pakar pulmonologi dan pakar kesihatan global.
Seperti sudah dijangka cadangan Trump itu dikecam teruk. Namun, Trump menjelaskan cadangan itu hanyalah komen yang dibuat secara sarkastik.
“Saya hanya menimbulkan persoalan itu secara sarkastik kepada wartawan seperti kamu, untuk lihat apa yang akan berlaku.”
Bimbang dengan cadangan Trump itu, beberapa syarikat pengeluar pembasmi kuman mengeluarkan kenyataan serta memberi peringatan supaya tidak menyalahgunakan cecair pembasmi kuman dengan memasukkan ke dalam badan.
Reminder: Lysol disinfectant and hygiene products should only be used as directed and in line with usage guidelines pic.twitter.com/yPVhvINxbU
— Lysol US (@Lysol) April 24, 2020
NEVER INGEST BLEACH
NEVER INHALE BLEACH
ALWAYS USE BLEACH SAFELY WHEN DISINFECTINGAlways follow On Pack instructions.
— Domestos (@DomestosUK) April 24, 2020
Sebelum ini, seorang lelaki di Arizona maut akibat menelan chloroquine selepas mendengar cadangan Trump bahawa bahan tersebut boleh mencegah COVID-19.