Pernah tak korang terfikir yang kita akan dilanda masalah sebegini teruk pada tahun 2020. Dulu masa kecik memang terbayang ada kereta terbang semua tapi hakikatnya memang berbeza.
Lagi menyedihkan, ada yang kehilangan kerja akibat majikan nak kurangkan kos. Kusut kepala kalau fikirkan. Benda ini memang terjadi dan sangat memberi tekanan kepada isteri mahu pun ketua keluarga. Mana nak cekau duit bayar hutang dan juga makan anak-anak,kan?
Tapi kalau mengeluh saja, tak jadi juga. Bila dah dalam keadaan tekanan ni kadang-kadang macam-macam idea sampai cuma penentunya diri kita sama ada nak buat terus atau sekadar simpan sebagai idea.
Cakap banyak pun tak guna, kami nak kongsikan sedikit dengan anda 3 cara yang berkesan yang mampu menambah pendapatan anda. Yang penting, kena mulakan dulu.
1. Maksimumkan Whatsapp Group
Sebut saja pasal Whatsapp ni, mesti dengar macam idea lapuk kan? Tapi sebenarnya ini dah kira macam lubuk jugak untuk tambah pendapatan – tapi tak perlu hard sell sangat dan asyik nak post mengenai apa yang kita jual.
Macam-macam cara dan perkara anda boleh maksimumkan kat sini. Kami kongsikan serba sedikit perkara yang anda boleh cuba:
+ Delivery Barang Basah & Dapur
+ Servis Lipat Baju
+ Servis Siang Ikan
3 servis yang kami kongsikan di atas ni boleh kira low cost sebab kita mula dengan apa yang ada di tangan. Kalau nak sediakan pakej pun, buat 2 pakej je, senang dan cepat untuk customer kita nak buat keputusan.
Untuk delivery itu, kalau larat buat hari-hari pun boleh, nak buat hari-hari tertentu pun boleh. Spesifikkan terus nak beli di mana. Beli di pasar borong dan pastikan apa yang pelanggan dapat adalah fresh. Betul tak?
2. Jual Barang Dari 99Speedmart Tapi Untung Berlipat-lipat
Cara kedua ini pulak adalah antara cara yang masih ramai tak tahu. Tapi dalam ramai yang tak tahu tu, suri rumah adalah antara individu yang sering berjaya dalam bidang ni. Contohnya macam saudari ini.
Tak sampai setahun dah boleh jana empat hingga 5 angka sebulan. Barang yang dijual pulak boleh beli di 99Speedmart, Mydin atau mana-mana kedai runcit pun. Tapi perlu diingat, perniagaan macam ni memang perlukan sedikit masa, yang penting bukan skim cepat kaya.
Apa yang kami maksudkan di sini ialah jualan di laman Ebay. Pembeli online di Ebay ni datangnya dari luar negara (USD) di mana mata wang mereka memang berlipat kali ganda dari wang kita.
Selain itu, pembeli di Ebay ni sebenarnya sudah lama terdedah dengan pembelian secara atas talian. Tugas anda cuma perlu jual barang yang sukar untuk mereka dapatkan di negara mereka. Jajan Super Ring dan ubat nyamuk pun mereka beli tahu tak? Perjalanan anda ke kedai runcit selepas ni pasti akan berbeza!
Paling best, anda boleh belajar melalui ebook saja (juga ada group support) tapi kena dapatkan sebelum ia sold out. Kalau dah sold out tak tahu sama ada akan ada open lagi atau tidak.
3. Buat Video Di Laman Sosial
Okay, perasan tak kita selalu belek-belek Instagram kemudian nampak pulak video masak-masak, video tunjuk cara basuh ayam, eh macam-macamlah. Tapi kita pernah terfikir tak untuk buat benda yang sama? Tak payah guna kamera canggih pun takpe, handphone kita pun dah cukup.
Kita tak pernah terlambat sebab sosial media memang sentiasa akan ada pengunjungnya. Siapa nak tengok? Okay, patah balik pada cara pertama – maksimukan Whatsapp group.
Paling best Whatsapp group perumahan. Bila dah balik kerja, penat mesti kita akan cari sesuatu nak relax kejap. Malam-malam boleh kita kongsi video kita. Nak tambah pendapatan dalam USD pun boleh, caranya upload saja ke Youtube. Mula-mula memang tak ramai tengok, tapi kita kena trust the process. Cepat naik, cepat turun.
Jika anda rasakan pembacaan ini berbaloi, bolehlah kongsikan dengan rakan-rakan. Jika ada kelapangan, kami akan kongsikan cara untuk jana pendapatan di Youtube pula.