Tidak dapat pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri ini, tentunya ramai yang bersedih dengan pengumuman oleh kerajaan itu. Namun, rata-rata rakyat memahami bahawa keputusan itu dibuat adalah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Bukan sahaja Malaysia, malah negara jiran Indonesia juga turut mengambil inisiatif sama dengan melarang rakyatnya untuk pulang ke kampung berhari raya.
Bagaimanapun, difahamkan belum sempat pihak kerajaan Indonesia mengeluarkan larangan, segelintir rakyat mereka sudah pun pulang ke kampung.
Memetik laporan The Straits Times, berdasarkan tinjuan kira-kira 7 peratus daripada rakyatnya telah pulang ke kampung lebih awal sebelum larangan itu dikuatkuasakan.
Lebih membimbangkan, kepulangan mereka itu nampaknya telah memberikan jangkitan COVID-19 kepada warga emas yang tinggal di kampung apabila seorang warga emas berusia 72 tahun muat apabila menerima jangkitan wabak itu daripada cucunya yang baru pulang dari Jakarta.
Turut dilaporkan kes di Jawa Tengah, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai mendapat jangkitan wabak tersebut dari adiknya yang juga baru pulang dari Jakarta.
Lelaki tersebut menunjukkan simptom jangkitan namun tidak mempunyai rekod keluar negeri atau ke mana-mana kawasan zon merah.
Satu kes turut dilaporkan dimana seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Garut, Jawa Barat, dijangkiti virus itu dari ayahnya, yang baru pulang dari Jakarta.
Dalam usaha menghalang lebih ramai individu keluar dari Jakarta untuk pulang ke kampung, mereka yang ditangkap akan dikenakan denda sebanyak Rp100 juta (RM29,048) dan penjara sehingga setahun jika ingkar.
Difahamkan, ramai rakyat yang ingkar ditangkap cuba menyelinap pulang dengan bersembungi di dalam bekas barangan lori dan ruangan bagasi bas.
Larangan mudik Hari Raya Aidilfitri di Indonesia jatuh pada 23 dan 24 Mei tahun ini berkuatkuasa pada 24 April lalu.
SUMBER: Straits Times