Umum mengetahui bermula 1 Ogos lalu diwajibkab memakai pelitup muka atau face mask di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk membeli topeng muka. Adakalanya, duit yang mereka ada mungkin hanya cukup untuk membeli makanan sahaja.
Baru-baru ini, seorang penguna Twitter yang merupakan seorang guru berkongsikan kisah mengenai face mask salah seorang pelajarnya yang cukup daif.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia. pic.twitter.com/5LQevPvKAm
— MFH (@fazri_hassan) August 5, 2020
Apa yang menyedihkan bukan sahaja berulang kali memakai topeng muka yang sama, malah tali pada topeng muak tersebut telah dijahit semua mengugunakan benang hitam.
Melihatkan keadaan itu, dia bertanyakan pada murid-murid yang lain. Namun jawapan yang diberikan sangat mengejutkan apabila ada diantara mereka yang menukar topeng baharu selepas 2 hingga 3 hari memakainya.
Tidak hanya berpeluk tubuh, pemuda berkenaan menukar pelitup muka murid-muridnya dengan yang baharu dan menyediakan secara percuma buat muridnya yang tidak berkemampuan.
Susulan itu, guru berkenaan turut menyeru orang ramai untuk tampil membantu menyumbangkan pelitup muka dan hand sanitizer pada sekolah berdekatan rumah masing-masing.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan kedaifan murid-murid tersebut. Malah, ada netizen dikalangan guru turut berkongsikan pengalaman sama.
SUMBER: Twitter