Sebelum ini ramai yang memberikan sokongan terhadap Asri Janggut susulan pendedahannya mengenai kegiatan haram pusat judi dan rokok seludup yang berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.
Bagaimanapun, kenyataannya menuduh kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.
Kesal akan tohmahannya itu, Asri yang juga pengasas Hot Burger Malaysia memohon maaf secara terbuka. Akui kesilapannya, Asri berkata dia tidak akan mengulas lagi perkara berkaitan pihak berkuasa di masa akan datang.
Dari Hero kepada Zero
"Kebanyakkan yang masuk jadi polis dan jadi tentera ni yang tak jaga solat" Asri Janggut pic.twitter.com/KN8SC7aTCx
— MMP JAHAT – SI VIS PACEM PARABELLUM (@MalaysiaMilita1) August 11, 2020
Menerusi satu rakaman video, Asri berkata dia tiada niat mengguris rakyat Malaysia khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya, Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan polis malas solat.
“Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu…mereka adalah pembantu negara, saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya.
“Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan ATM,” katanya.
SUMBER: BH Online