Selepas pendedahan video oleh Asri Janggut, pihak majlis bandaraya semakin giat menjalankan operasi dengan meroboh dan menyita premis tidak berlesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.
Susulan itu, ramai peniaga kecil lain turut terkena terpias apabila gerai mereka juga turut dirobohkan kerana tidak mempunyai kelulusan membuka premis.
Malah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut mengambil tindakan yang sama apabila bertindak merobohkan beberapa binaan yang tidak mendapat kelulusan.
Difahamkan, menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook rasmi MPS, perobohan dilakukan terhadap beberapa garaj kereta di kawasan perumahan yang dibina tanpa kelulusan MPS.
Bagaimanapun tindakan oleh pihak MPS itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang turut mengkritik supaya bertindak lebih adil dengan mengambil tindakan di kawasan lain sama.
“Menggila buat operasi, khususnya kepada melayu, tokey judi senang lenang sampai hari ini bebas, warga asing pun bersepah lagi bebas buka kedai runcit,” kata netizen.
Malah, ada yang mendakwa pihak berkuasa bersikap pilih kasih kerana kedai warga asing hanya disita dan tak diroboh manakala pesalah tidak pula ditahan.
“Balas dendam tak kena tempat, rakyat tempatan yang jadi mangsa, semuanya nak diroboh, kedai warga asing cuma disita tak diroboh dan pesalah tak ditahan, sikap pilih kasih buat rakyat meluat, dah jadi macam cerita Tamil, yang patut dibela pulak kena tempias, agak2 la kalau nak tunjuk rajin,” tulisnya.
“Ini tak mengganggu lalu lintas. Yang di report rokok seludup dan judi, yang diroboh dan jadi mangsa penduduk warganegara. Memang ni balas dendam ni,” kata netizen yang lain.
SUMBER: The Vocket