Perkahwinan bukan sahaja hidup bersama tetapi sanggup bersusah senang dan tetap setia meskipun pasangan jatuh sakit. Seperti kisah yang akan dikongsikan ini, suami sanggup berkorban demi isteri tercinta.
Malah, lelaki ini sanggup mendermakan sebelah buah pinggan kepada isterinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang.
Menerusi Facebook, lelaki itu berkongsikan kisahnya dimana dia menceritakan proses sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital perubatan pada 28 Julai lalu.
Menurut Mohd Helmi, dia diuji ketika usia perkahwinan baru memasuki dua tahun. Ujarnya, jalan terbaik untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis adalah dengan membuat pemindahan buah pinggang.
Berkongsikan pembedahan berjalan dengan lancar, Helmi meluahkan rasa gembira kerana hasratnya mahu melihat isteri kembali sihat telah tercapai. Malah, isterinya dapat dapat membuang air kecil semula.
Turut memuat naik perkembangan selepas 10 hari menjalani pemindahan buang pinggang, keadaan isterinya bertambah baik dan tidak perlu lagi menjalani dialisi.
Dalam pada itu, Helmi turut mensihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil minuman campuran seperti 3 dalam 1 serta ubat-ubatan tiada kelulusan Kementerian Kesihatan.