Melihatkan pengorbanan ibu yang bukan sahaja melahirkan kita tetapi bekerja keras untuk membesarkan kita, pasti tersimpan di dalam hati untuk menghadiahkan sesuatu untuk tersayang sebagai tanda menghargai jasa ibu.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang peniaga sushai Taman Bukit Anggerik ini hatinya tersentuh apabila didatangi seorang budak lelaki yang datang ke kedainya untuk membelikan sushi buat ibunya.
Apabila sampai di kedai, budak lelaki itu terus mengisi data peribadinya di buku log dilihat sedikit cedera seperti baru lepas terjatuh sebelum itu. Namun budak lelaki itu langsung tidak menangis dan masuk ke kedai tersebut untuk membeli sushi buat ibu tersayang.
Apa yang membuatkan peniaga itu sebak apabila dia bertanyakan kepada budak lelaki itu makan untuk berapa orang dan jawapannya sangat menyentuh hati.
“Saya datang sorang sebab nak belikan sushi untuk mak. Dia dah kerja keras jadi saya nak belanja dia,” katanya.
Ketika mahu membayar, wang yang ada di tangan tidak cukup dimana harga semuanya RM 17.15 tetapi budak itu cuma ada RM 16 sahaja.
Kagum melihat kesugguhan budak lelaki itu, peniaga itu hanya mengambil RM16 sahaja demi membantu untuk menunaikan hajatnya belanja ibunya.
Kata peniaga itu lagi, kanak-kanak itu begitu gembira kerana dapat membeli sushi buat ibunya dan sempat mengucapkan terima kasih dengan begitu sopan kepadanya.
SUMBER: World of Buzz