“Pub & Bar Belum Beroperasi, Tapi Saya Rasa Jika Tak Buka Terus Lagi Bagus” – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pub dan kelab malam antara beberapa perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Muhyiddin, ada ada sektor yang akan terus ditutup sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Ujarnya, ia tidak menjadi masalah jika ditutup sepenuhnya kerana pemilik perniagaan sukar untuk memastikan agar penjarakan fizikal dijaga dan mengikut SOP.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa. Kerana susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis mengeluarkan kompaun kepada 673 pesalah PKPP semalam, jumlah tertinggi selepas pelaksanaan PKP pada Mac lalu.

Katanya, kesalahan berkaitan kelab malam adalah yang tertinggi iaitu seramai 600 orang, diikuti kesalahan penjarakan sosial dan kegagalan patuh SOP peruncitan sebanyak 14 kes.

SUMBER: Malay Mail